
MANCHESTER United (MU) akhirnya mengesahkan perpindahan penyerang Arsenal , Robin van Persie dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini .
Menurut laporan BBC semalam , pemain antarabangsa Belanda itu akan bertemu dengan wakil MU dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan syarat peribadi dan menjalani pemeriksaan perubatan .
Laporan MU mengesahkan , "kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian United dan Arsenal telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan Van Persie ke Manchester ."
"Perjanjian itu tertakluk kepada perubatan dan perjanjian dari segi peribadi . Apa-apa pun , pengumuman selanjutya akan dibuat dalam masa terdekat ini ," katanya.
Dalam pada itu , sekiranya ia berjalan dengan lancar , Persie mungkin akan diturunkan ketika MU bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris baru , Isnin ini.
Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 44 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negara musim lepas , termasuk dua ketika menentang MU. Sumber




{ 0 Feedback... read them below or add one }
Post a Comment
-Satu komen ok ?
-Berhati2 ketika komen !
-Terima kasih kerana sudi .