KEPUTUSAN PENUH | SPAIN VS ITALY | FINAL EURO 2012 | 1 JULY 2012

Post by Boyz_ed on Monday, July 02, 2012


KEPUTUSAN PENUH | SPAIN VS ITALY | FINAL EURO 2012 | 1 JULY 2012

Permainan yang cukup hebat yang di tunjukkan pada awal pagi tadi . Hasil jaringan yang bijak yang di jaringkan oleh pemain bintang Manchester City , David Silva , pada minit ke-14 hasil daripada satu hantaran cantik yang di sempurnakan oleh pemain tengah pasukan Barcelona , Cesc Fabregas

Sebelum tamatnya separuh masa yang pertama , pada minit ke-41 , sekali lagi peminat Spain bersorak-sorak ke atas goal yang di jaringkan oleh pemain pertahanan lincah baru pasukan Barcelona , Jordi Alba

Tamat separuh masa yang pertama , Spain mendahului pasukan Italy , 2 - 0 , hasil daripada jaringan (Silva , Jordi Alba) 


Serangan yang berterusan yang di lancarkan oleh kedua-dua pasukan yang membuatkan perlawanan yang begitu sengit sekali . Kedua2 penjaga gawang goal , Spain (Iker Cassilas) , Italy (Gianluigi Buffon) masing2 menjaga pintu goal dengan ketat . 

Pada minit ke-70 , kedua-dua pasukan masing2 cuba mencari rentak dan pasukan Italy dengan serangan yang bertubi2 , berlainan pula dengan pasukan Spain dengan mengekalkan momentum permainanya dengan memperlahankan tempo dan hantaran bola pendek kepada rakan sepasukan . 

Minit ke-75 , Cesc Fabregas keluar yang di gantikan oleh Fernando Torres

10 minit yang terakhir , Spain masih mendahului pasukan Italy 2- 0 . 

Masuk minit ke 84 , penyerang berbisa pasukan Chelsea , Fernando Torres meledak gawang goal pasukan Italy kali ketiga hasil dari hantaran cantik trough pass dari tengah. 

Minit ke-86 , satu pertukaran yang di lakukan melibatkan permain sayap pasukan Bercelona , Andreas Iniesta yang di gantikan oleh Juan Mata

Pada minit ke-88 pula . Satu jaringan yang agak mudah yang di jaringkan oleh Juan Mata , hasil dari hantaran Fernando Torres . Buffon tidak dapat berbuat apa2.. 

Pasukan Spain mendahului di depan 4 - 0

Tamat sudah perlawanan di antara pasukan Spain menentang Italy . Spain menang 4-0 hasil jaringan :- David silva (14) , Jordi Alba (41) , Fernando Torres ( 84) dan Juan Mata (88) . Tahniah pasukan Spain !! 


{ 0 Feedback... read them below or add one }

Post a Comment

-Satu komen ok ?
-Berhati2 ketika komen !
-Terima kasih kerana sudi .

 

Official blog by Muhamad Rozaide | All right reserved | Belajar SEO | Ping your blog, website, or RSS feed for Free