
Assalamualaikum
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat . Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa . Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain . Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadan al-Mubarak ini .
1 . Keutamaan sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar
2 . Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
3 . Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa .
6. Bermurah hati dan banyak menderma .
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran .
8. Memberi makan untuk berbuka puasa .
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Ps :- SeLaMat MeNuNaIkAn IBaDah PuAsA , RaMaDhAn Al-MuBaRaK



.jpg?1366877812)

lama x mwat sini..ingat iGossip lg?
ReplyDeletejom.. Rizal iGossip pun tak sabar nk sambut bln ramadhan. semoga bertambah amalan kita semua!