
Aktres popular Lisa Surihani mengakui dia sukar berlakon dan menghayati watak yang memerlukannya melakonkan emosi berat di hadapan suami , Yusry Abdul Halim dan belum bersedia berlakon di hadapan suaminya .
"Bukan tidak boleh langsung bekerjasama dengan dia , tetapi Lisa mengakui hati Lisa akan serta merta lembut apabila melihat wajah dia dan mungkin sukar untuk membawakan watak tertentu , apatah lagi kalau ianya arahan suami sendiri ," akui Lisa Surihani ketika ditanya apakah dia mengelak berlakon dibawah arahan suaminya , Yusry Abdul Halim .
Tambah Lisa lagi , dia masih kurang pasti sama ada dia mampu atau tidak bekerja di bawah arahan Yusry pada masa akan datang .
Malah menurutnya , sebelum berkahwin , agak sukar baginya untuk berlakon dan bergandingan bersama . Apalagi kalau babak itu melibatkan adegan bertentang mata seperti sewaktu menjalani penggambaran filem 'Ular' .
"Pernah ketika saya menjalani penggambaran filem 'Dendam Orang Mati' dan memerlukan saya membawa adegan emosi sangat marah , saya sama sekali tidak membenarkan Yusry datang ke set . Saya terpaksa larang dia dari datang set kerana selalunya kalau menjalani penggambaran dia akan datang menemani saya .
"Bukan apa saya takut tidak dapat membawa watak amuk tersebut . Bayangkanlah setiap kali terpandang wajah suami , hati terus cair inikan lagi kalau berlakon di bawah arahannya ," ujar pelakon filem 'Ombak Rindu' ini lagi .
Lisa turut memberitahu bahawa meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dan masing-masing sibuk dengan kerjaya . Namun sebagai pasangan suami isteri , mereka tetap cuba meluangkan masa bersama .
"Ia satu proses yang agak seronok . Kami saling memahami walau sesibuk manapun . Mungkin juga bekerja dalam industri yang sama sedikit sebanyak membantu hubungan kami .
"Ketika saya menjalani penggambaran filem 'Dendam Orang Mati' yang baru selesai penggambarannya , Yusry ada datang ke lokasi dan buat kerja , hal sendiri . Sambil menemani saya , dia akan curi masa buat kerjanya yang sedang sibuk dengan post-production filem 'Vikingdom' dan juga '29 Februari' , jelas Lisa lagi .
Dalam perkembangan lain , Lisa yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri "Dimanakah Juwita" untuk Astro Ria , bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun ini iaitu "SAM" (Saya Amat Mencintaimu) dan Istanbul "Aku Datang" .




laaa , ingatkan betul tadi . eheh , ye la suami dia , kan ..
ReplyDeleteKan2 , hehe . Tahu xpe , title jewk yang hot tu . xD
Deletetak boleh belah tajuk , hahaha , laju jep klik td , hahaha , tp cweet larr , alahai ta saba la na kawen , hahaha !
ReplyDeleteAmboih ! Haha , terus nak kawin nampak . Xpe2 , truskan mncari . Huhu , lagi cpt lagi bagus kan . ^_^
Delete