Salah Satu Cara Untuk Menjatuhkan Maruah Seorang Artis

Post by Boyz_ed on Tuesday, May 15, 2012


Johan Era F.M

Jom Boikot Johan Dan Radio Era

SEJAK hujung minggu lepas , beberapa klip video komedi yang antaranya ‘menyindir’ penganjuran himpunan rakyat Bersih 3.0 dan himpunan Mansuh PTPTN ,  telah bersebar di Internet melalui laman Youtube .
Klip-klip video yang dilakonkan oleh beberapa orang artis komedi terkemuka tanah air ini mendapat sambutan hebat, dengan gabungan lebih 200 ribu hit - hanya beberapa hari sejak ia mula ditayangkan .


Secara prinsipnya , penulis tidak ada masalah dengan penayangan dan pembikinan klip video tersebut , walaupun ‘jelas’ kelihatan pembikinannya adalah dengan hasrat tersembunyi untuk menyindir Pakatan Rakyat dan himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 lepas .
Tapi penulis ada masalah dengan penglibatan pelakon dan pengacara, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz dalam klip video tersebut .
Ini kerana Johan adalah seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan di Malaysia ini .  Gandingannya dengan Zizan dalam beberapa siri realiti komedi , telah terbukti mempunyai kesan yang besar dan mendalam , terutama di kalangan generasi muda hari ini .
Justeru , amat malang sekali untuk pelakon muda ini membiarkan dirinya diperalat pihak-pihak berkepentingan (dipercayai UMNO) , berbanding dengan teman seperjuangannya Zizan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat – dilihat dari kehadirannya dalam program Countdown bersama Ustza Azhar Idrus di Dataran Shah Alam pada malam sambutan tahun baru 2012 .
P/s :- Yang dijadikan sebagai mangsa keadaan adalah Johan dan Radio Era . Tetapi , kenapa bukan orang lain ? Penulis cuba untuk menimbulkan sedikit penyataan yang kurang jelas . Penulis utama , boleh tolong jelaskan ? 

Untuk bacaan yang seterusnya sila ke (sumber dipetik dari) 
http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/jom-boikot-johan-dan-radio-era/

12 Feedback:

  1. Replies
    1. Haha.. Kan2.. Tahu xpe.. Adehh...

      Delete
  2. memang yang patut di boikot perhimpunan bersih bukan nya johan tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoii2 . Haha , pandai pun... Tak terfikir pula macam tuwh . ^_^

      Delete
  3. tak minatlah politik..macam2 benda org buat untuk dapatkan undi..huhu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan2 , huhu . Tahu xpe . Macam hampeh pun ada juga.. Adoii .

      Delete
  4. Replies
    1. Hoho . Baguslah awak2 berdua nie . :D

      Delete
  5. Replies
    1. Owh... Begitu rupanya.. Oke2.. Wee... ^^

      Delete
  6. masing2 ada pendapat sendiri. tp as a public figure. kalau dia nak mantain jadi hot xpatut la bt mcm tu. bukan sikit yg sokong bersih tu. :) hye ED. lama xtgok. hehe ¯\_(ツ)_/¯

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoii2 . Masing2 ada pndapat sndri kan . Hehe , msti arr ramai kowt . Hye Kak.. Lama ekk ? Xdelah , lima hari jewk . :D

      Delete

-Satu komen ok ?
-Berhati2 ketika komen !
-Terima kasih kerana sudi .

 

Official blog by Muhamad Rozaide | All right reserved | Belajar SEO | Ping your blog, website, or RSS feed for Free