
Assalamualaikum
Pembacaan yang penuh akan membuatkan anda mengerti erti penyesalan
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as . ke langit ini , telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran . Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah , Idris yang tersebut di dalam Al-Quran . Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi . Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi .”
(Maryam : 56-57)
Nama Nabi Idris as . yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’ . Sebab beliau dinamakan Idris , kerana beliau banyak membaca , mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT .
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja) , setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya , beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai , kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah . Walaupun demikian , Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau .
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT , agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as . Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk .
Nabi Idris as . mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa . Apabila waktu berbuka telah tiba , maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris , lalu beliau menikmati makanan tersebut .
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam . Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya , sambil membawa makanan dari Syurga . Nabi Idris menikmati makanan itu . Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut : “Wahai tuan , marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama .” Tetapi Malaikat itu menolaknya .
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya , sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari . Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu .
Kemudian beliau berkata : “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran ? Malaikat Maut menjawab : Baiklah Wahai Nabi Allah Idris .”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ . Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun , maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as .: “Wahai Idris , adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab : Subhanallah , mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal , sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram ?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka . Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari . Selama mereka bersahabat , Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu . Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa . Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu .
Kemudian beliau bertanya : “Wahai tuan , bolehkah saya tahu , siapakah tuan yang sebenarnya ? Saya adalah Malaikat Maut .”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk ?”
“Benar ya Idris .”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari , adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk ?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut . Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan .”
“Wahai Malaikat , apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku ?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu .”
“Wahai Malaikat Maut , kabulkanlah satu permintaanku kepadamu , iaitu agar tuan mencabut nyawaku , kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali , supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu .”
Malaikat Maut pun menjawab : “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah .”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as . Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga . Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu .
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu , maka menangislah ia . Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu . Allah mengabulkan permohonannya , dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali .
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris , dan ia bertanya : “Wahai saudaraku , bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu ? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan , ketika saya mencabut nyawa tuan itu , belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan . Wahai Malaikat Maut , saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan , iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka , supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi , setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu . Wahai Idris as . saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT .”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka . Maka pergilah mereka berdua ke Neraka . Di Neraka itu , Nabi Idris as . dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya . Seperti rantai-rantai yang panas , ular yang berbisa , kala, api yang membara , timah yang mendidih , pokok-pokok yang penuh berduri , air panas yang mendidih dan lain-lain .
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu , maka mereka pun pulang . Kemudian Nabi Idris as . berkata kepada Malaikat Maut : “Wahai Malaikat Maut , saya mempunyai hajat yang lain , iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga . Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya . Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT . Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga , tanpa perintah dari Allah SWT .” Jawab Malaikat Maut .
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga .
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut . Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga . Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya . Berupa buah-buahan , pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain .
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut , saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka . Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya , untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka ?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah . Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga , beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga , lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut , aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga .
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga , dan ambil kasut tuan .”
Maka masuklah Nabi Idris , namun beliau tidak keluar lagi , sehingga Malaikat Maut memanggilnya : “Ya Idris , keluarlah ! . Tidak , wahai Malaikat Maut , kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati .”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian . Dan Allah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak ada seorang pun daripadamu , melainkan mendatangi Neraka itu .”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu . Dan firman Allah lagi yang bermaksud : “... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga) .”
(Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu : “Biarkanlah dia , kerana Aku telah menetapkan di azali , bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga .”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud :
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka , kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran . Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi . Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi .” (Maryam: 56-57)
Credit to | http://yang-arif.blogspot.com/2012/02/nabi-idris-naik-ke-langit.html



.jpg?1366877812)

nice info tq
ReplyDeleteWee... Hehe , ok2 . Sama2.. ^_^
DeleteSubahanallah , thanks sharing. Meanrik ^^
ReplyDeleteOk2.. Sama2.. Hehe , sharing is caring . =)
Deletethanks ed.. mama tumpang baca
ReplyDeleteHuhu , ok2 . Sama2.. Baca2.. :D
Delete