Solat : Setiap Waktu , Ada Dosanya Tersendiri

Post by Boyz_ed on Saturday, April 14, 2012


Bersujud

Apa maksud solat ? 

Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan , lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan . Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah  :

Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan .

Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya , sambil mengakui keagungan , kesempurnaan dan kekuasaanNya  .


Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah , dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambil berzikir , membesarkan Allah dan berdoa .

Mengapa Bersolat ? 

Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan . Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110 :

Maksudnya : 

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah . Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan ."

Dosa Orang Yang Tidak Melakukan Solat :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar .

Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya .

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan .

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya . 

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya . 

P/s :- Sekadar perkongsian semata2 . Diharap anda dapat mengambil sedikit/sebanyak iktibar daripada entri berikut . Dan , semoga kehidupan semua umat muslim kita pada masa akan datang lebih terjamin dan aman . Insyallah . Amin... =) 

11 Feedback:

  1. Replies
    1. Yeah . Hehe , ok . No hal lawh . Keje Ed . ~ngee . ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Mmm , lebih kurang mcm tuwh lawh . Dunia akhir zaman kan . :3

      Delete
  3. Lakukanlah solat fardu berjemaah di masjid-masjid dan musolla...

    ReplyDelete

-Satu komen ok ?
-Berhati2 ketika komen !
-Terima kasih kerana sudi .

 

Official blog by Muhamad Rozaide | All right reserved | Belajar SEO | Ping your blog, website, or RSS feed for Free