Gempar : Android Hak Milik China !

Post by Boyz_ed on Sunday, March 25, 2012


HUAWEI :- Gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson , menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing . 

Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna dan pengkritik apabila ia bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya .


Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB .

Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini . 

Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal . 

Daripada muat turun atau muat naik data sehinggalah menonton video berdefinisi tinggi menggunakan sambungan WiFi atau rangkaian 3G , semua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik .

Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar . 

Kualiti paparan seperti ini tidak jauh bezanya dengan paparan telefon pintar lain di pasaran . Namun , kualitinya masih boleh ditingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan . 

Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP . 

Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p . 

Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram . 

Secara keseluruhan , Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099 . 

P/s :- Amacam ? Ada berani nak beli ? RM 1100 jewk . xD 

21 Feedback:

  1. Replies
    1. Haha ! Awesome gila kan . Memang terbaikk arr . xD

      Delete
  2. gadget mampu milik. hehe, dah boleh masuk list barang impian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha , pown boleyh , murah jewk kan . Xde lawh mhl sngt . :D

      Delete
  3. aish..hawait harga die 'MURAH' benor tuu...:D
    btw, alynn da follow cni ye tuan tanah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah ! Hahaha , murah kan . ~ngee . Thanx . You're my 2K follower . =)

      Delete
    2. yea! thanx & u're welcome XD

      Delete
  4. Replies
    1. ~lalalala . Hahaha , tahu xpe kan . =D

      Delete
  5. tgk pada ram...cam failed jer huawei nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! Itu lawh psl , tahu xpe . Klou android boleh support 8GB+ kn . =D

      Delete
  6. waahh dhyst ! mkin lama mkin dhsyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm , tahu xpe kn . Smpaikan China pown dh pndai kluarkan model phone ber-android . :D

      Delete
  7. akak nk yg ni sbg adiah bezday taw..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ! Banyak duit Ed ??? Kihkihkih , akak lgy bnyk duit kn , kerja lagy . =D

      Delete
  8. hye! visit u back! amboi! nota kaki kat bawah tu yang xleh blah tu! RM 1100 jewk ea~ meleleh air liur..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye too Kak . :) . Ha ? Rm 1100 ? ~eleyh.. Murah jewk tuwh . Kihkihkih , joke . :D

      Delete
  9. Replies
    1. ~lalalala . Kihkihkih , confirm . =P

      Delete

-Satu komen ok ?
-Berhati2 ketika komen !
-Terima kasih kerana sudi .

 

Official blog by Muhamad Rozaide | All right reserved | Belajar SEO | Ping your blog, website, or RSS feed for Free