
Assalamualaikum
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu , yang tidak dibolehkan manusia mengubah , menokok atau mengurangkannya . Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH itu tidak banyak .
Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH . Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman .
Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya . Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir . Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun , jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya , maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes .
Contoh-contoh hukum hudud ialah :
1 . Hukum potong tangan kepada pencuri .
2 . Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati .
3 . Hukuman sebat kepada pembuat fitnah .
4 . Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak .
5 . Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin .
P/s :- Patutkah umat Islam di Malaysia mengamalkan hukum hudud ?
Bagi pendapat sikit .




Kena fahamkan betul2 baru leh komen pasal hukum Allah ni..ilmu saya tak cukup banyak lagi, tak berani nak komen..hehe..lebih baik dgr komen yg lebih pakar ~~ :)
ReplyDeleteYeah ! Hahaha ! Tahu xpe . =D
Deletehmm. :)
Deletecotrix hanya mampu senyum je.
Amboih ! Hahaha , boleh2 . :) Peace !
Deletehukum Allah adalah untuk memberi peringatan dan pengajaran ...bukan soal patut tak patut ..tapi soal seorang muslim muslim wajib berusaha untuk berhukum dgn hukum Allah ...Allahualam ...
ReplyDeleteYeah ! Sokong kenyataan itu . Betul2 . :) . At least saya boleh blajar drpd kslahan . Thanx ekk .
Deletehukum Allah wajib dilaksanakan. semuanya atas pemimpin yang di atas. tanggungjawab keatas mereka dalam laksanakan hukum tersebut di negara kita. jika mereka tak laksanakan. bermaksud, mereka tak faham dan bersangka buruk pada aturan yang Allah dah tetapkan. wallahualam
ReplyDeleteYup ! Betul tu .
Deletenak tau lebih lagi tengok la kat video pasal hudud tu.hudud ni wajib sebab dia hak ALLAH.tuhan buat kita,kenapa lak kita tak nak ikut perintah dia. kita makhluk,manusia, ada manual kita sendri.tapi ntah bila la malaysia ni nak laksanakan.hmmm
ReplyDeleteInsyallah . Mngkin mnusia yg blom2 sdr lgy dgn praturan yg di ttpkan oleh Allah SWT . Subahanallah .
DeleteHudud tu kan hukum Allah..sapa kita sebagai makhluk yang diciptakanNya untuk katakan tidak patut terhadap hukum yang telah ditetapkan..Wajib dilaksanakan!
ReplyDeleteYeah ! Betul tu betul . Sokong penyataan itu 100% . :)
Deletehukum Hudud tu hukan Allah yang terbaik
ReplyDeletewajib dilaksana tambah2 tgok la zaman skrg..jenayah berlaku dimana2 tanpa mereka takut pada hukuman manusia
sokong hukum hudud
Yeah ! Saya pown sokong jugakk . =D
DeleteHukum Hudud nie ada dlm Al- Quran and wajib dilaksanakan...
ReplyDeletePemimpin2 yang x sokong Hudud nie jahil.. dorang ingt yang Hukum Hudud nie hanya pendapat Ahli Fekah sahaja,.. padahal ini adalah wajib dilaksanakan..
Yup . Betu tuwh . Sokong kenyataan tuwh . :)
Deleteentri lama tapi baru nak baca. nak bagi pendapat sikit. golongan ulama dah cakap, orang-orang yang tak melaksanakan hudud adalah orang yang zalim. negara kita tak buat macamtu sebab dari awal lagi kita dah terpengaruh dengan British. hukum Allah. ada dinyatakan dalam AlQuran dan Hadis. sepatutnya negara kita pun kena laksanakan hudud lagipun dah terang terang negara kita negara Islam kan? renungkanlah. :)
ReplyDelete*sorry comment panjang2
Xpe , panjang pun tak kisah . Asalkan point tu adakan . Hehe , Owh , a'ah kan . Kalau difikir2kan balik , sepatutnya memang Malaysia wajib laksanakan Hukum Hudud ini . Dahlah kita terang2 negara Islam kan , tak tahulah macam mana . Bukan kuasa kita kan . ^_^ Btw , thank bagi pendapat .
Deletetaw takpe , CP pown baru terjah entry nih , bagus boyZ bangkitkan isu nih , CP sebagai muslim memang sokong 100% hukum hudud , ade yang katerr hukum hudud nih memudaratkan , kenapa kate cmtuh ?? ragu dengan hukum ALLAH ?? ragu2 dengan isi ALQURAN ?? dah dikatakan wajib , maksudnya sangat2 perlu dilaksanakan ... memandangkan negara kiterr nih negara islam , memandangkan pemimpin kiterr islam ... CP pown tak banyak ilmu tentang agama , banyak CP tataw tp CP rase patut jgk CP sampaikan pendapat dan pendirian CP . hehehe ~wallahualam ...
ReplyDeleteHehe , bagus pendapat tuwh kan , Ed suke... ;)
Deletenaseb ed tak kesa , CP rase komen CP dah macam nak buat entry darr , hahaha ~
ReplyDeleteHuhu , tak apa . Bertukar-tukar pendapat kan.. Tak salah nya.. :D
Deletesalam....sye nk tau,,,,kalau M'sia amalkn hukum Hudud, adakah yng non-muslim juga akan menerima hukuman yn sma? by the way sye non-muslim,,,just nk tau...
ReplyDeleteSalam sejahtera kembali . :) Jika Malaysia amalkan hukum hudud , maka hanya umat Islam yang bersalah akan dikenakan hukumam hudud , tidak termasuk non-muslim . *kalau salah , tolong perbetulkan . :)
Delete